Wednesday, August 1, 2018

Skim Latihan Pengakap Kelana



Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut:
1. Memahami dan menerima Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
2. Dapat menerangkan tujuan pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana
3. Mengetahui sejarah pergerakan Pengakap di malaysia dan pergerakan Pengakap Antarabangsa
4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima ENAM (6) jam
5. Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut: Simpulan dan ikatan :- Buku Sila, Bunga Geti, Simpul Manuk, Tindih Kasih,Lilit Dua Simpul, Lilit Pemati Biasa, Ikatan Seraya dan Ikatan Serong.

Pengakap Kelana perlu mendapatkan:


3 Lencana Wajib
Kemahiran Pengakap
Perkhidmatan Pengakap
Pengembaraan




1 Lencana Pilihan
Kepimpinan
ICT
Ekstrem
Penyelamat Nyawa
Keusahawanan 



Anugerah BP


Buku Skim Latihan Pengakap Kelana


-Admin-
Pengakap Daerah Kulai

No comments:

Post a Comment